Wednesday, April 07, 2010

Pementasan Perdana April 08 Khamis:Teater Chempaka Berdarah dan Penunggu Pusaka

         Selama hampir sebulan,saya sebagai pengarah Chempaka Berdarah bersama-sama barisan pelakon bertungkus lumus berlatih untuk pementasan teater yang bakal dipentaskan esok,hari Khamis 08 April 2010 bermula jam 09.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Puchong Utama(1).Dari hari pertama saya menulis skrip sehinggalah ke hari ini,proses membina dan mengukuhkan tiang-tiang pementasan dirasakan terlalu sukar.Sejak saya diberi tanggungjawab untuk menulis skrip,saya melalui situasi yang sukar dan tertekan di samping mengimbangi kerja-kerja lain.Malah saya hampir mahu menukar skrip teater kepada sebuah lagi teks KOMSAS iaitu Jalan Sempit.Tetapi setelah memikirkan semasak-masaknya apa yang dikatakan pembimbing saya,saya berputus untuk mencanai teks drama Chempaka Berdarah kepada sebuah skrip pentas   untuk dijadikan skrip rasmi untuk pelakon-pelakon saya rujuk.Saya mula dari Isnin dan selesai pada hari Jumaat.Skrip drama pentas Chempaka Berdarah kemudiannya saya e-melkan pada pengarah Penunggu Pusaka.Dalam skrip tersebut,saya mengubah beberapa adegan dan memantapkan lagi dialog watak-watak berdasarkan zaman sekitar 1960-an.Saya juga dengan beraninya mengubah tajuk skrip teater pentas yang asalnya adalah Cempaka Berdarah tetapi saya tukar kepada Chempaka Berdarah.Rakan-rakan seperjuangan saya memperlekeh tindakan saya,kata mereka saya ini memandai-mandai.Sama ada saya memandai-mandai atau mereka yang mereka yang tidak berani?Saya yakin pada tajuk baru ini.Bapa saya sendiri menegaskan ejaan sebenar adalah Chempaka dan bukannya Cempaka.Cuba teka apa terjadi?Mereka luluskan skrip saya.Hah,lihatlah siapa yang memandai-mandai sebenarnya.Hari latihan bermula sewaktu cuti persekolahan selama seminggu.Rakan seperjuangan saya dari teater Penunggu Pusaka mencelah semasa di kelas,pembimbing saya memuji saya semasa latihan sambil melihat skrip diadakan pada hari pertama latihan.Oleh kerana hari itu saya terpaksa pulang awal,jadi apabila terdengar perkara sebegitu amat mengejutkan.Tetapi saya terima pujian itu.Terima kasih.Malangnya,semasa sesi latihan pada cuti persekolahan,pelakon-pelakon saya menunjukkan perilaku dan atitud yang tidak saya sangka.Mereka merungut,skrip teater saya pendek,skrip teater saya bosan,dan tidak ada ciri-ciri humor.Kemudian mereka adakan mesyuarat sendiri,sepakat mahu menukar skrip lain.Mereka terus usulkan pada penasihat saya.Penasihat saya,yang saya dengarlah membidas kenyataan gerakan pelakon-pelakon saya yang haram.Walaupun penasihat saya berjaya menghentikan gerakan pelakon-pelakon saya,namun waktu saya sudah pun naik berang.Mereka sanggup lancarkan gerakan haram untuk menghapuskan teater yang saya berpayah jerih mengadunkan demi tampak enak selama seminggu itu?Mereka tergamak memperlekeh Chempaka Berdarah,teater yang julung-julung kali dipentaskan?Malah,penolong saya turut menjadi pendukung kepada gerakan haram itu.Apa yang saya lakukan esoknya?Saya mogok.Satu hari penuh itu saya langsung tidak memberi mereka sebarang tugasan.Pengarah Penunggu Pusaka sanggup mengarahkan mereka untuk saya.Dalam hati,saya kata tak payah.Buang masa saja layan pelakon-pelakon yang tak faham sastera,seni dan budaya.Pelakon-pelakon apakah sebegini?Hah,saya gelar mereka pelakon taik kucing.Hati saya jadi lapang sedikit dengan kehadiran pembimbing saya pada hari seterusnya.Pembimbing saya unjukkan rupa bentuk sebenar bagaimana teater dipentaskan.Ini sangat berguna buat pelakon-pelakon saya.Juga sangat berguna buat saya.Hari inilah merupakan hari yang paling reda sepanjang sesi latihan dijalankan.Tetapi hari yang paling buruk adalah pada keesokannya.Saya hanya nampak dua pelakon yang sentiasa komited sepanjang sesi latihan.Yang lain-lain,mana?Mereka pergi mall.Saya hairan,buat apa ke sana?Main boling,layan wayang.Kita yang nak berteater bukan orang lain yang nak berteater.Penasihat saya hanya mampu geleng kepala.Pembimbing saya hadir tiba-tiba,saat-saat waktu sesi latihan berakhir.Saya minta tolong pembimbing saya,kita perlu lakukan sesuatu.Ya,itu sudah tentu.Minggu hadapannya pembimbing beri nasihat pada keseluruhan barisan pelakon.Nasihat,nasihat,nasihat.Depan pembimbing hormatlah.Tapi apa pun tak dengar.Hasilnya,serupa saja.Semua ada hal masing-masing.Pentingkan diri sendiri.Apa orang kata,jual ikan.Atas kekangan yang terlalu banyak,pembimbing memutuskan untuk berhenti berlatih buat sementara waktu.Tetapi kami masih tak tahu,ada bala besar yang akan menimpa.Hari Khamis minggu berikutnya,pembimbing saya umumkan pembatalan menyeluruh secara rasmi ke atas pertandingan teater.Saya tidak mahu bahaskan sebarang hal seperti ini,kerana saya tahu,perkara sebegini sering berlaku.Itu salah Kementerian.Bukan salah kita.Saya fikir segalanya akan berakhir begitu saja.Saya tamatkan karier pengarah saya begitu saja.Tetapi pembimbing saya cadangkan sesuatu.Teater kami akan dipentaskan di peringkat dalaman.Kami sebulat suara menyetujui.Dan tarikhnya 08 April,esok.Kami ini sebenarnya hampir-hampir putus harapan,malah saya hampir bubarkan teater saya.Tetapi kerja kami yang tergendala berminggu-minggu akhirnya diteruskan jua.Saya sanggup tinggalkan kelas saya semata-mata untuk jayakan pementasan ini.Kalau tak dapat ke pertandingan sekalipun,sekurang-kurangnya kami ada melakukan sesuatu yang berharga.Doakan kami agar dapat jayakan pementasan kami.Oh,usah risau,pembimbing saya akan rakam pementasan ini nanti.Diminta bersabar ya.  

This article marked my ill-fated time during unusually directing a theatre.Joy mixed with wrath?Seems to be.

No comments:

Ratings and Recommendations